Umairah Keri
I lived in a fairytale that God has planned for me. Challenges are the one that kept me going. Its never easy but I enjoy and cherish every moments.




posted : Saturday, 6 May 2017
title : Kehidupan kita berbeza.

Haaai and assalamualaikum! Purfect Sunday, listening to musics accompanied with a cup of coffee and good smell from new fresh flowers!! and blogging, so yah today i would love to share about my experience temubual dengan bekas banduan and one of stories in my life that which made me think wider outside the box rather than always thinking about me and my own world haha. 

It all started dekat tempat kerja, masa tengah sibuk buat kerja tetiba kene panggil untuk temubual dengan ex prisoner about dia punya pengalaman and lessons that he learned from his past. So I decided to share and write about him here, as well as everyone can take lessons from what im going to share and tell. So yah! Lets! 

Pada suatu hari.........................okay, alhamdulillah lepas dia jawab SPM apa semua, dia mcm gave up dengan what he did and what results he got so dia mcm terus amik kata nekad nak kerja, cari rezeki dekat Kolumpo. Tempat asal dirahsiakan, ceh. Mostly, selama banyak tempat kerja dah teroka ni, memang ramai orang mcm ni, yang dah taknak sambung belajar, and ada ideas untuk terus majukan diri, kerja terus and work harder for tht. Tak pelik dah skrg kalau dengar orang taknak sambung study after SPM. This is our own decision, we knew what choices we took, we knew whats good based on our own potential, people cant took for granted with whats we thought of, all of us have different ways of thinking, different point of views, respect each other. Okay? So dia pun berlabuh mendarat dari kampung yang tercinta ke ibu kota. Bermula sebagai pekerja di sebuah kilang...........Lama lama kerja, ada la member member dekat ajak buat kerja lain yang lagi masyuk. 

Do you guys ever heard about Black Water? Alhamdulillah kalau ada yang tahu, kalau ada yang tak tahu, its okay, fatin pun tak tahu pasal benda ni masa mula mula, so i had to figure it out by myself sebab nak jugak discover more in our big world ni kan. Okay, lets give a shot to explore what is black water which i told about. Kisah pendek mengenai black water untuk kome semua faham ini saya petik dari Dr Sepet  Thankyou doktor!


"Hello, saya Sarjan xxxxx dari Balai Polis Sungai Way. Kereta anda telah dijumpai, boleh hadir ke balai?" - begitulah lebih kurang bunyinya panggilan telefon yang diterima orang rumah, sewaktu kepulangan singkat kami ke tanah air 3 minggu lepas.

Setelah hampir sebulan dicuri, rezeki dan jodoh kami dengan Toyota Rush itu masih panjang (insyaAllah), berjaya diambil semula pihak polis dari dalam kontena di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, bersama-sama 98 buah kereta curi lain, yang sedang bersedia untuk dimuat ke dalam kapal yang akan belayar ke Dubai.

Sebaik tiba di balai, berbaris lebih kurang 9 buah kereta yang dilapor hilang di Balai Sungai Way (Police Report Sungai Way).

Sebuah Honda CRV, 7 Honda City dan sebuah Toyota tidak ber'hut' di sudut paling hujung - macam kenal je kereta ni!!

Operasi yang dilakukan oleh D4 dan Polis Selangor telah berjaya menumpaskan sindiket "Black Water" melalui rampasan sejumlah 98 buah kenderaan dan tertangkapnya 4 penjenayah (berbangsa Cina) di sebuah gudang di Klang.

Menurut pegawai Polis yang saya dok bersembang itu, kesemua kontena yang mengandungi kereta curi, sama ada yang telah belayar, mahupun yang berjaya dirampas kembali semasa operasi tempoh hari, telah diisytihar sebagai perabot.

Sekalipun operasi yang dilancarkan (sebagaimana dilapor akhbar) dianggap berjaya kerana sejumlah besar kereta curi berjaya dirampas, selain melibatkan tangkapan, kisah mengenai 180 buah kontena yang telah "selamat" ke Dubai itu masih belum dapat dipastikan.

Okay so faham? Luckily, hes not the one who really have big position on this project, cuma orang orang yang baru nak terjebak dan alhamdulillah selepas kejadian ini, banyak sangat pengajaran yang mengajarnya erti kehidupan. Syukur. 

Kehidupan yang dia cerita tentang life dekat penjara memang sangat ngeri. Ada peraturan dan perkara tertentu yang perlu dilaksanakan, ada kawan kawan yang memang sensitif takleh sebarangan sembang sembang, dalam sibuk sibuk rutin harian dekat penjara tapi apabila teringat dunia luar, siapa je tak tumpas, nangis pun boleh. Kehidupan di luar yang bebas dan tidak terkonkong macam dalam penjara. Jauh daripada orang orang yang kita sayang, tak dapat buat benda yang kita suka kita minat, dikawal dan pasti, jiwa terseksa. Tapi itulah sedikit sebanyak semangat yang dia bawa untuk terus hidup selepas dibebaskan. 

Selama dia hidup dekat penjara, macam macam orang dia kenal, macam macam cerita lagi yng lebih extreme dalam hidup orang lain yang buat dia sedar, bukan dia seorang sahaja hadapi perkara pahit dalam hidup. Umur yang masih mentah dan rasa untuk hidup senang tu telah perangkap dia. Ewah, gitu. (hebat jugak bahasa hahaha) cara cara nak survive dalam penjara supaya boleh lupa keenakan nikmat hidup dekat luar, banyak lagi tapi kalau cerita semua sampai esok tak habis. Tapi sengsara tu tak lama, dalam beberapa bulan, dia dibebaskan.

Walaupun sukar untuk terus teguh berdiri laksanakan tanggungjawab dalam hidup, sara kehidupan kerana statusnya yang kurang baik, tapi dia tetap berjuang untuk teruskan hidup! Andai kegagalan kita harini kita rasa kita tak mampu bangkit, ingatlah semua orang ada cerita masing masing dalam hidup, semua orang ada potensi dan misi yang boleh angkat kita untuk terus maju, man jadda wajada :) La yukallifullahu nafsan illa us'aha. Kalau kita mampu untuk tanggung berat sesuatu ujian, sebab itu ujian itu milik kita, He knows everything :) 

Sekarang, walaupun dia dah banyak kali diuji tidak layak untuk bekerja di beberapa tempat kerana gelaran yang dipegang, tapi dia pun ada kebahagiaan tersendiri, alhamdulillah dah berkahwin dan ada anak. Andai tergelincir sekali tak bermakna jatuh tu selamanya kan? Sekarang pun dah ada kerja dan boleh sara keluarga, cerita yang lepas jadi satu inspirasi untuk terus berjalan atas dunia, yezzzaaaa! 
Hehehe, emotional gila entri ni. Haih. Tapi kalau dengar face to face masa dia luahkan cerita dia, memang menyentuh hati. Lain rasa.

Okay gais! Hopefully sedikit sebanyak dapat boleh bagi iktibar untuk kita semua okay? Have a nice weekend! Spend your time with beloved ones, alright? Yeah, lots of love, fatin :)