Umairah Keri
I lived in a fairytale that God has planned for me. Challenges are the one that kept me going. Its never easy but I enjoy and cherish every moments.




posted : Monday, 19 December 2016
title : Never expect to lose this early
Mula mula it started when i was watching television dekat rumah nenek so mcm tgh tgk tv sebelah atuk well we laughed semua mcm biasa, he was lying on his fav mattress while i was beside him and the next day,my family and I already planned to head Bangi after few days dkt kampung then he asked to go to washroom. With help from Adam and Aqil so he just went there tapi quite unokay sebab he looked really sick, very sick so we called ambulance.
Pastu lama jugak dkt hospital, about two days sampaila aunt semua uncle yang ada dkt Bangi balik Kelantan. Sebelum tu, Chik ada kata dia mimpi orang pakai baju putih datang dalam mimpi dia and so on ( this story exploded to everybody after he already passed away) ugh :(
Tapi this time, semua macam lain padahal atuk selalu je masuk hospital, tak pernah pun rasa nervous ke apa tapi haih tu lah, rasa mcm nak spend whole night dgn atuk tapi hospital tu bagi orang yang tunggu jaga dkt hospital tu perempuan sbb tu wad lelaki.

Waktu last day,
Tak expect.
Tengok mcm okay je.
Rasa mcm yay esok nanti takyah pg hospital dah sbb rasa mcm dah blh bawak atuk balik. Kalau bukan time esok pun, maybe lusa.


Ada satu time tu, keluar masuk keluar masuk hospital pastu masuk balik, atuk panggil duduk sebelah dia, pegang tangan dia. Time ni aqil kata "eee takyah nak acah drama la" and i was like "atuk la yang nak pegang kakak". And it was the last time pegang tangan dia yang masih boleh lagi menyambut my hand. Yang masih boleh berbalas gerakan. Sedih sangat bila ingat balik, sedih lagi bila mandikan jenazah, pegang dia, dah tak berbalas gerakan. Kaku. Tak boleh nak panggil. Tak boleh nak berbalas pandang. Bawak balik atuk satu malam dekat rumah sebab arwah meninggal malam jumaat, nak disemadikan pagi jumaat jadi by hook by crook kene tunggu pagi jadi jasad arwah satu malam bersama kitorang.

Semua rasa bersalah nak tidur, rasa nak tidur sebelah atuk, bacaan Alquran tak henti henti, lepas sorang sejuzuk, menyambung nyambung, sampaila surah yang terakhir, hiba. Dari maghrib sampaila ke subuh, dari subuh sampai ke dhuha, saat atuk diangkat untuk dimandikan.
Bila baca quran pun, pegang tangan atuk, tak berbalas gerakan.
Sedih, atuk pergi tak beri sebarang pesanan, ingat masih lagi berkesempatan untuk bawa balik dgn keadaan sihat, rupanya visit atuk dgn nenek ke Bangi dua minggu lepas visit terakhir atuk gi rumah kakak. Em, 😢😢😢

Atuk, rasa mcm tak percaya atuk dah takde, tenang sangat bila cium atuk sebelum solatkan atuk. Semua orang nangis waktu tu. Kakak yang tgk Adam nangis pun rasa mcm, pelik, ganas ganas dia pun takleh tahan perasaan ni.
Alhamdulillah, masih sempat jaga atuk, mandikan atuk, solatkan atuk.
Semoga atuk sentiasa tenang di sana, semoga ditempatkan bersama org org yang beriman, tunggu kakak dkt sana 😊😊😊
Sayang atuk.